SAFI Youth Gold CycloPeptide Water Elixir

Maklumat produk

Terbukti Secara Klinikal*:
-140%* menganjal serta-merta untuk kulit lebih lembut dan muda remaja.

Alami tahap penghidratan baharu dengan Inovasi Dwi-Fasa yang menggabungkan esen berasaskan air dan 1,500 mikrokapsul emas dalam formulasi mewah. Dikuasakan dengan 5x Kuasa Lembapan, teknologi serum-dalam-minyak yang inovatif ini memberikan hidrasi berlapis sambil mengekalkan kepekatan minyak —diaktifkan serta-merta apabila bersentuhan dengan kulit untuk memberi nutrisi dan hidrasi tahan sehingga 48 jam*. Tekstur ringan, cepat menyerap, serta formulasi keseimbangan pH membantu memulihkan semula kulit yang kusam, kering, dan tertekan, memberikan sinaran, kelembutan dan keselesaan sepanjang hari.

Bahan Utama:

1. CycloPeptide
Sehingga 1000x lebih berpotensi daripada peptida tidak bersiklus — membantu memenuhkan kulit dari dalam, mengurangkan kedutan dan menjadikan kulit terasa lebih tegang.

2. Kolagen Peptida
150x lebih kecil daripada kolagen biasa untuk penyerapan mendalam — membantu kulit lebih anjal, halus dan berseri.

3. Kurkumin Kompleks
Kuasa antioksidan 200% lebih kuat daripada Vitamin C — melindungi, menenangkan kulit yang tertekan dan mencerahkan untuk tona kulit yang sekata.

4. Nano Emas 24K Peptida (99.9% Tulen)
Meningkatkan keanjalan dan pertahanan kulit — untuk kulit yang lebih anjal, tegang dan berseri.

Cara Penggunaan:
Sapukan pada wajah dan leher yang telah dibersihkan. Perlahan-lahan tepuk agar serum diserap sepenuhnya ke dalam kulit. Untuk hasil terbaik, gunakan bersama rangkaian Safi Youth Gold.

Disahkan HALAL dan diuji secara dermatologi.

Safi Research Institute — pusat R&D Penjagaan Kulit Halal termaju di dunia — telah membangunkan rangkaian SAFI YOUTH GOLD untuk menangani masalah-masalah kulit wanita Asia secara khusus. Dengan gabungan kehebatan sains dan teknologi, kulit dapat dikembalikan kepada keadaan terbaiknya secara semula jadi.

Rumusan Dipertingkatkan tanpa:
TANPA ALKOHOL │ TANPA PARABEN │ TANPA MINYAK GALIAN│TANPA SLS/SLES │TANPA TRIETHANOLAMINE│TANPA UJI KAJI HAIWAN

Beli di Kedai Online kami

Pin It on Pinterest

Like our product?

Share the news with your friends on social media: