Makmal Penjagaan Kulit HALAL Terbesar dan Paling Maju di Dunia

Pusat Safi Research Institute merupakan sebahagian dari Pusat Penyelidikan dan Inovasi Kulit WIPRO yang ditubuhkan pada bulan Jun 2013 dengan pelaburan sebanyak RM10 Juta. Dalam masa 5 tahun, pelaburan R&D Pusat Safi Research Institute di Malaysia telah mencatatkan lebih dari RM 30 Juta untuk meningkatkan fasiliti yang menjadikan Pusat Safi Research Institute sebagai salah satu Makmal Penjagaan Kulit HALAL terbesar dan paling maju di dunia.

SAFI: Jenama Penjagaan Peribadi HALAL dengan Sains & Teknologi Bertaraf Dunia


Sejak kebelakangan ini, permintaan produk HALAL semakin meningkat. Pengguna semakin sedar akan kualiti produk yang mereka gunakan dari aspek pilihan bahan, proses, pengujian, keberkesanan dan keselamatan. Terdapat sebilangan besar jenama penjagaan kulit yang tersedia untuk orang ramai di Malaysia, namun, semua produk yang dirumuskan di Safi Research Institute melalui proses kualiti yang ketat dan dijamin halal. Ini meningkatkan kepercayaan pengguna Muslim terhadap produk SAFI.

Pusat Safi Research Institute dilengkapi dengan kemudahan canggih yang dikendalikan oleh lebih daripada 100 penyelidik dan saintis di pelbagai bidang termasuk biologi molekul, imunologi, kimia fizikal, kimia organik, kimia analitik, kejuruteraan kimia dan biokimia yang menjadikan rangkaian produk yang berkesan, selamat dengan harga yang berpatutan.

Inovasi produk di Pusat Safi Research Institute diilhamkan dengan pemahaman pengguna Asia yang mengambil aspek keadaan iklim di rantau ini, trend produk dan kemajuan teknologi menggabungkan sains dan bahan alam semulajadi untuk menghasilkan produk yang terbaik. Ini telah membolehkan SAFI untuk mengekalkan kedudukan No.1 dalam penjagaan kulit di pasaran. Selain dari penjagaan kulit, SAFI juga mempunyai pelbagai produk peribadi yang merangkumi penjagaan badan, syampu, rawatan rambut, losyen, talcum, deodoran dan ubat gigi.

Pusat Safi Research Institute telah mempelopori penerapan Teknologi Nano dalam industri penjagaan kulit di Malaysia di dalam rangkaian anti penuaan SAFI. Dengan penggabungan nano enkapsulasi, bahan aktif bio seperti penyeriaan kulit dan ramuan anti-penuaan dapat distabilkan dengan lebih baik dan berkesan untuk menembusi lapisan kulit muka dengan kadar yang lebih cepat.

Untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam mengenai kumpulan pengguna Asia dan jenis kulit Asia, ujian usia biologi kulit telah dijalankan melalui ukuran sampel kajian klinikal yang dibuat berdasarkan wanita Muslim Melayu tempatan. Selain itu, model kulit 3D telah digunakan untuk mengkaji dan mensimulasikan kulit manusia sebenar pada tahap molekul untuk memastikan keberkesanan dan keselamatan produk dapat dijalankan dengan ketat tanpa memerlukan ujian haiwan.

Dengan sokongan khusus dari Pusat Safi Research Institute, SAFI akan terus memperbaiki dan meningkatkan kualiti rangkaian penjagaan kulit dan badan dengan formulasi yang efektif, bertaraf antarabangsa dan dijual pada harga yang berpatutan.

Pin It on Pinterest