SCIENCE.
BEAUTY. NATURAL.

SAFI DISUDUT PANDANGAN


Jenama Safi dimiliki sepenuhnya oleh Wipro Unza Malaysia Sdn Bhd, sebahagian daripada kumpulan Wipro Enterprises, yang dimiliki oleh ahli perniagaan dan dermawan Encik Azim Hashim Premji, anak kepada Encik Mohammed Hashem Premji dari India.

SAFI adalah jenama Halal terkemuka yang terdiri daripada rangkaian produk penjagaan kulit dan penjagaan diri yang dirumuskan khusus untuk memenuhi keperluan umat Muslim. SAFI menggunakan ramuan semula jadi terbaik yang seiring kehendak Syarak dan disahkan HALAL oleh JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM). SAFI berpegang teguh dengan prinsip bebas alkohol dan bebas gelatin dalam semua produk yang dikeluarkan. Produk SAFI dihasilkan di dalam kilang yang mengikut piawaian ISO dan “Good Manufacturing Practice” (GMP) yang memastikan penyediaan produk berkualiti tinggi dan memenuhi keperluaan pengguna yang semakin meningkat. SAFI dihasilkan 100% di kilang-kilang yang terletak di Malaysia untuk memastikan kualiti dan bekalan produk secara konsisten.

Semua produk SAFI mengikut piawaian antarabangsa termasuk Federal Drug Authority (FDA), European Economic Community (EEC) / COLIPA, British Pharmacopoeia (BP), Cosmetics, Toiletries & Fragrance Association (CTFA). Produk SAFI boleh didapati di semua farmasi, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara. Penasihat kecantikan kami yang terlatih juga bersedia di kedai-kedai tertentu untuk membantu memilih produk yang bersesuaian dengan kehendak masing masing. Produk SAFI menggunakan bahan berkualiti tinggi dan selamat untuk digunakan oleh anda dan seluruh keluarga anda.

PRODUK KAMI BOLEH DIDAPATI DI LAMAN E-DAGANG RASMI:

LAWAT KEDAI LAZADA

LAWAT KEDAI GUARDIAN

LAWAT KEDAI SHOPEE

LAWAT KEDAI WATSONS

Pin It on Pinterest

preloader