FAQ
1. DARI MANA ASALNYA SAFI?
SAFI adalah sebuah jenama kelahiran Malaysia dan 100% dibangunkan dan dikilangkan di Malaysia. Sebagai jenama Halal no.1 di MALAYSIA, SAFI turut mengembangkan sayapnya ke pasaran halal di seluruh dunia seperti Indonesia dan Timur tengah.
2. ADAKAH SAFI HALAL?
Ya. Produk SAFI adalah 100% Halal dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM). Selain itu, semua badan kawal selia di Indonesia dan Timur Tengah juga telah mengesahkan produk SAFI sebagai Halal untuk pasaran di negara masing-masing. Kesemua bahan yang digunakan dalam proses pembuatan serta pembekal bahan perlu melalui pemeriksaan JAKIM yang teliti bagi memastikan mereka mendapatkan sumber mengikut garis panduan Halal yang ketat. Semua kilang kami yang mengeluarkan produk SAFI juga 100% disahkan Halal.
3. SYARIKAT MANAKAH YANG MENGHASILKAN SAFI?
SAFI dimiliki oleh Wipro Unza (M) Sdn Bhd.
4. SIAPAKAH PEMILIK WIPRO UNZA (M) SDN BHD?
Wipro Unza (M) Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh Wipro Enterprises Limited, sebuah syarikat multi nasional yang berkembang pesat yang juga merupakan sebahagian daripada Wipro Group. Pemilik majoriti Wipro Group adalah merupakan seorang ahli perniagaan dan dermawan India yang terkenal, Encik Azim Hashim Premji.
5. DI MANAKAH PUSAT PENYELIDIKAN PRODUK SAFI?
Kesemua produk SAFI dibangunkan melalui kajian yang teliti oleh pasukan penyelidik yang berdedikasi di SAFI Research Institute (SRI), sebuah makmal kemudahan R&D (research & development) bertaraf dunia yang dikhususkan untuk pembangunan produk halal berkualiti tinggi, mengikut piawaian kualiti dan keberkesanan global.
6. DI MANA TERLETAKNYA KILANG YANG MENGHASILKAN PRODUK SAFI?
Kilang kami terletak di Subang Jaya dan Kajang; kedua-duanya dimiliki sepenuhnya oleh Wipro Unza (M) Sdn Bhd. Selain memiliki pensijilan ISO, kilang-kilang kami juga diaudit oleh JAKIM.
7. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PRODUK HALAL?
Takrifan Halal mengikut Trade Description Order (Usage of the Term “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila istilah itu digunakan berhubung kait dengan makanan dalam apa jua bentuk, mahupun dalam proses perdagangan atau jualan dalam aspek perdagangan ataupun sebahagian dari aspek perdagangan untuk makanan yang dirujuk, istilah ‘Halal’, ‘Halal Guaranteed’ atau ‘Muslim Food’ atau apa-apa istilah lain yang boleh digunakan untuk menunjukkan atau difahami sebagai tanda yang membenarkan dimakan oleh umat Islam dan dibenarkan oleh agama mereka bagi makanan yang dirujuk untuk dimakan, oleh itu makanan boleh digunakan perkataan tersebut apabila:
- Tidak berasal dari, atau dari mana-mana bahagian atau barang dari haiwan yang dilarang kepada umat islam berdasarkan undang-undang Islam, atau binatang yang tidak disembelih menurut hukum Islam.
- Tidak mengandungi sebarang bahan yang dianggap tidak suci dalam undang-udang Islam.
- Tidak dihasilkan atau dikilangkan menggunakan peralatan atau perkakas yang tidak bebas daripada kotoran yang telah digariskan oleh undang-undang Islam.
- Proses penyediaan, atau penyimpanan tidak bersentuhan dengan atau disimpan dekat dengan makanan yang tidak memenuhi kehendak para (a), (b), atau (c), atau mana mana bahan yang dianggap tidak suci oleh undang-undang Islam.
8. APAKAH PERBEZAAN ANTARA HALAL DAN HALAL & TOYYIBAN?
HALAL bermaksud pematuhan terhadap parameter asas Syariah.
Manakala HALAL & TOYYIBAN pula dapat didefinisikan sebagai pematuhan yang melangkaui asas-asas yang telah digariskan, digunakan untuk mempertingkatkan nilai bagi menjadikan sesuatu itu baik, murni, dan sihat.