SAFI Youth Gold CC Cream SPF50

Maklumat produk

Terbukti:
-Aplikasi Mudah & Tidak Berminyak
-Tahan Lama
-Hasil Matte Semula Jadi
-Pencerahan Semula Jadi Segera

Alami kombinasi sempurna penjagaan kulit dan solekan dengan formula ringan dan anti-minyak. Memberikan tona kulit sekata dengan hasil matte dan tahan sehingga 8 jam*. Diperkaya dengan manfaat pencerahan segera, penghidratan, serta kawalan minyak, ia juga melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB. Teksturnya yang licin membantu menyamarkan garis halus dan kedutan, bertindak menutup cela untuk hasil akhir semula jadi, berseri dan sempurna.

Bahan Utama:

1. Alga Merah
Membantu melindungi kulit dan mengurangkan kerosakan sel — untuk kulit yang lebih kuat dan sihat.

2. Niacinamide
Mencerahkan kulit kusam dan mengurangkan pigmentasi — untuk kulit cerah dan tona lebih sekata.

3. Kolagen Peptida
150x lebih kecil daripada kolagen biasa untuk penyerapan mendalam — membantu kulit lebih anjal, halus dan berseri.

4. Kurkumin Kompleks
Kuasa antioksidan 200% lebih kuat daripada Vitamin C — melindungi, menenangkan kulit yang tertekan dan mencerahkan untuk tona kulit yang sekata.

5. Nano Emas 24K Peptida (99.9% Tulen)
Meningkatkan keanjalan dan pertahanan kulit — untuk kulit yang lebih anjal, tegang dan berseri.

Cara penggunaan:
Untuk penggunaan harian sebagai concealer dan primer pada seluruh wajah dan leher selepas pelembap dan sebelum mekap. Untuk hasil terbaik, gunakan bersama rangkaian Safi Youth Gold.

Disahkan HALAL dan diuji secara dermatologi.

Safi Research Institute — pusat R&D Penjagaan Kulit Halal termaju di dunia — telah membangunkan rangkaian SAFI YOUTH GOLD untuk menangani masalah-masalah kulit wanita Asia secara khusus. Dengan gabungan kehebatan sains dan teknologi, kulit dapat dikembalikan kepada keadaan terbaiknya secara semula jadi.

Rumusan Dipertingkatkan tanpa:
TANPA ALKOHOL │ TANPA PARABEN │ TANPA MINYAK GALIAN│TANPA SLS/SLES │TANPA TRIETHANOLAMINE│TANPA UJI KAJI HAIWAN

Beli di Kedai Online kami

Pin It on Pinterest

Like our product?

Share the news with your friends on social media: