Sertukan
Najis Mughallazah
Yakin Teruskan Ibadah
Proses dan kaedah sertu telah disemak
dan disahkan oleh:
Apa itu
Samak & Sertu ?
Samak
Menyucikan kulit haiwan (selain anjing dan khinzir) yang hendak digunakan dengan cara membersihkan sisa daging, bulu, kotoran dan lain-lain yang melekat di kulit dengan menggunakan air atau bahan-bahan lain.
Sertu
Bersuci daripada najis mughallazah (anjing & khinzir) yang terkena pada pakaian, badan atau tempat iaitu 7 kali basuhan dengan air mutlak. Salah satunya air bercampur tanah.
Kenapa berlaku kekeliruan ?
Kerana melalui takrifan sudut bahasa samak dan sertu mengandungi makna yang sama iaitu membersihkan najis mughalazah dengan air dan tanah.
Cara sertu
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
”Apabila anjing meminum pada bekas salah seorang daripada kamu, maka kamu basuhlah ia (bekas) sebanyak tujuh kali, aku fikir Baginda berkata, salah satunya dengan (air bercampur) tanah“. [Hadis. al-Bazzar. No. 8887]
Hukum sertu dengan produk alternatif
Hukum Melakukan Sertu Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat (2006):
FAQ
1. APAKAH SAFI SKRUB MANDIAN SERTU ANTIBAKTERIA?
2. DI MANA BOLEH MEMBELI SKRUB MANDIAN SERTU ANTIBAKTERIA SAFI?
3. APA ITU SERTU?
4. APA ITU SAMAK?
5. APA ITU NAJIS MUGHALLAZAH?
6. HUKUM SERTU DENGAN PRODUK ALTERNATIF
Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah memutuskan “Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat (2006)” seperti berikut:
“Muzakarah telah memutuskan bahawa sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis Mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak”.
7. CARA SERTU
- Pastikan anggota badan yang terkena najis mughallazah telah dibersihkan daripada zat najis tersebut.
- Basuhan pertama adalah dengan sedikit campuran Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dengan air mutlak dan sebatikan hingga air jadi keruh.
- Selepas itu, diikuti basuhan anggota badan dengan air mutlak sebanyak 6 kali.
Terdapat segelintir rakyat Malaysia yang mempunyai masalah di dalam proses sertu khususnya untuk mendapatkan bahan yang sesuai untuk menjalankan proses sertu. Atas sebab ini, pihak Safi dan beberapa organisasi telah bekerjasama untuk menghasilkan Skrub Mandian Antibakteria Sertu
Tujuan utama Skrub Mandian Antibakteria Sertu adalah untuk memudahkan muslim di dalam proses sertu khususnya mereka yang sukar untuk mendapatkan sumber tanah untuk digunakan di dalam proses sertu.
Lebih-lebih lagi, Skrub Mandian Sertu Antibakteria Safi telah dijamin halal oleh pihak JAKIM. Proses dan kaedah sertu telah disemak dan disahkan oleh panel Institut Fatwa dan Halal (iFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
8. SIAPAKAH INSTITUT FATWA DAN HALAL (IFFAH), UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)?
IFFAH adalah gabungan dua institut; Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) yang ditubuhkan pada 2003 dan Institute of Halal Research and Management (IHRAM) yang ditubuhkan pada 2010.
IFFAH yang ditubuhkan pada 9 Januari 2019, menyokong dan mendokong hasrat USIM ke arah kampus barakah melalui integrasi ilmu naqli dan aqli terutama dalam bidang fatwa dan halal.
IFFAH menawarkan 7 perkhidmatan berikut:
- Penyelidikan.
- Perundingan.
- Latihan.
- Penasihatan Syariah.
- Penerbitan.
- Inovasi.
- Makmal.
Laman Web iFFAH, USIM: https://iffah.usim.edu.my/
9. HUKUM MEMEGANG ANJING SECARA SENGAJA
Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai mughallazah, namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja. Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.
Perbuatan mana-mana orang Islam yang memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan (pet) akan disalah tafsir dan dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam. Oleh yang demikian, mereka perlu segera meninggalkan perbuatan tersebut dan kembali bertaubat kepada Allah.
Sila rujuk fatwa Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, “Hukum Memelihara Anjing Oleh Orang Islam”:
https://mufti.penang.gov.my/index.php/efatwa-2/325-pemeliharaan-anjing-sebagai-haiwan-peliharaan-oleh-orang-islam
10. ADAKAH PRODUK SAFI HALAL?
11. DARI MANA ASALNYA SAFI
12. DI MANAKAH PUSAT PENYELIDIKAN PRODUK SAFI?
13. DI MANA TERLETAKNYA KILANG YANG MENGHASILKAN PRODUK SAFI?
14. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PRODUK HALAL?
Apabila istilah itu digunakan berhubung kait dengan makanan dalam apa jua bentuk, mahupun dalam proses perdagangan atau jualan dalam aspek perdagangan ataupun sebahagian dari aspek perdagangan untuk makanan yang dirujuk, istilah ‘Halal’, ‘Halal Guaranteed’ atau ‘Muslim Food’ atau apa-apa istilah lain yang boleh digunakan untuk menunjukkan atau difahami sebagai tanda yang membenarkan dimakan oleh umat Islam dan dibenarkan oleh agama mereka bagi makanan yang dirujuk untuk dimakan, oleh itu makanan boleh digunakan perkataan tersebut apabila:
- Tidak berasal dari, atau dari mana-mana bahagian atau barang dari haiwan yang dilarang kepada umat islam berdasarkan undang-undang Islam, atau binatang yang tidak disembelih menurut hukum Islam.
- Tidak mengandungi sebarang bahan yang dianggap tidak suci dalam undang-udang Islam.
- Tidak dihasilkan atau dikilangkan menggunakan peralatan atau perkakas yang tidak bebas daripada kotoran yang telah digariskan oleh undang-undang Islam.
- Proses penyediaan, atau penyimpanan tidak bersentuhan dengan atau disimpan dekat dengan makanan yang tidak memenuhi kehendak para (a), (b), atau (c), atau mana mana bahan yang dianggap tidak suci oleh undang-undang Islam.
15. APAKAH PERBEZAAN ANTARA HALAL DAN HALAL & TOYYIBAN?
Manakala HALAL & TOYYIBAN pula dapat didefinisikan sebagai pematuhan yang melangkaui asas-asas yang telah digariskan, digunakan untuk mempertingkatkan nilai bagi menjadikan sesuatu itu baik, murni, dan sihat.
Reference: https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2018/04/357046/difference-between-halal-and-halalan-toyyiban