SERI SIARAN AKHBAR

 

Siaran Akhbar

Untuk Hebahan Segera

WIPRO UNZA Melancarkan SERI: SAFI Excellence in Research & Innovation Centre@ Pusat Kecemerlangan Dan Penyelidikan & Inovasi SAFI

– Fasiliti Penyelidikan Dan Pembangunan Produk Penjagaan Kulit Halal Termaju Di Dunia

Pada hari ini, kita lihat ramai diantara golongan wanita Malaysia yang mengambil berat akan penampilan diri terutamanya wajah mereka. Justeru, permintaan terhadap produk kecantikan yang efektif dan halal semakin meningkat di negara ini.  Saban hari pengguna lebih peka kepada kualiti produk kecantikan yang digunakan dari segi bahan-bahan, ujian makmal yang dijalankan, keberkesanannya dan juga dari segi keselamatan menggunakan produk tersebut.

Dalam era globalisasi tanpa sempadan ini, terdapat pelbagai jenis jenama-jenama daripada luar negara mahupun dalam negara yang mengeluarkan produk kecantikkan. Akan tetapi, golongan wanita tempatan terutamanya yang beragama islam mementingkan produk kecantikkan yang diyakini halal.

Oleh kerana isu halal merupakan sesuatu yang penting yang dititik berat oleh pengguna di Malaysia, SERI memastikan produk kecantikan yang dirumus dan dibangunkan melalui pemprosesan kualiti yang ketat demi memastikan ianya halal.

Ditubuhkan pada bulan Jun 2013 dengan pelaburan awal sebanyak RM10 juta, SERI merupakan pusat kajian dan inovasi bagi pembangunan Wipro Skin Research & Innovation Centre. Dalam tempoh masa 5 tahun, Wipro Skin Research and Innovation Centre telah mencatatkan pelaburan sebanyak RM 30 juta, sekaligus menjadikannya sebagai makmal penjagaan kulit Halal yang terbesar dan termaju di dunia.

SERI dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang canggih dan diuruskan oleh lebih daripada 100 penyelidik dan saintis dari pelbagai bidang antaranya bidang biologi molekul, imunologi, kimia fizikal, kimia organik, kimia analisis, kejuruteraan kimia dan biokimia, di mana mereka menghasilkan produk-produk yang mampu milik namun berkesan.

Kemajuan produk-produk yang dihasilkan semuanya bermula dengan langkah mengkaji dan mendalami pengetahuan mengenai kulit pengguna di Asia dan kesan cuaca di rantau ini terhadap kulit pengguna Asia. Dengan ini, SAFI berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju utama dalam menghasilkan produk-produk penjagaan kulit.

Selain dari produk-produk penjagaan kulit, SAFI turut mempunyai rangkaian produk yang luas yang merangkumi syampu, penjagaan rambut, losyen, talkum, deodoran, minyak, ubat gigi dan yang terkeni merupakan krim mandian dan juga minuman kecantikan kolagen.

 

SERI juga telah mempelopori teknologi dalam industri penjagaan kulit di Malaysia dengan inovasi Nano Emas di mana ia diformulasikan ke dalam rangkaian produk Anti-Penuaan SAFI Rania Gold. Dengan penyatuan enkapsulasi Nano, bahan-bahan bio aktif seperti sebatian pencerahkan kulit menjadi lebih stabil dan berkesan untuk menembusi lapisan kulit yang lebih dalam pada kadar yang lebih cepat.

SAFI telah menjalankan ujian usia biologi kulit melalui kajian klinikal ke atas wanita tempatan demi mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang pengguna di Asia dan spesifikasi kulit penduduk Asia. Selain itu, Model kulit 3D juga telah dibina khas untuk meneliti tahap molekul pada kulit dan sekaligus memastikan keberkesanan dan keselamatan produk sekaligus menghindari daripada proses ujian ke atas haiwan.

Pusat SERI akan membuka tirainya kepada khalayak umum dan memberikan peluang kepada mereka untuk menjadi sebahagian daripada SERI Laboratory Tour and Skin Analysis pada bulan September 2018. Oleh kerana lawatan ini terhad kepada beberapa individu sahaja, pendaftaran awal perlu dibuat di laman sesawang https://safi.com.my/seri/. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai SERI dan promosi terkini SAFI, sila lawat laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my, laman rasmi Facebook SAFI  di www.facebook.com/SAFIMalaysia dan laman rasmi Instagram SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia.

Maklumat mengenai SAFI

SAFI telah dilancarkan pada tahun 1985 dengan mengeluarkan pelbagai rangkaian produk seperti wangian, talkum dan deodoran. Rangkaian produk SAFI kemudiannya diperluaskan lagi dengan rangakaian produk penjagaan kulit. Pada tahun 1999 pula, jualan produk SAFI telah meningkat dengan pesatnya setelah memperkenalkan reka bentuk pembungkusan baru yang lebih bersifat kewanitaan dan moden.

Pada hari ini, SAFI menawarkan rangkaian produk yang lengkap seperti penjagaan kulit, ubat gigi, syampu, deodorant, talkum, kosmetik, produk gaya rambut, produk kebersihan peribadi wanita dan juga produk mandian. Kini, SAFI merupakan jenama terbesar dalam WIPRO Unza (M) Sdn Bhd sejak tahun 2005.