Ubat Gigi SAFI Mikro Kalsium! Gigi kini dua kali lebih kuat!

Masyarakat Melayu terkenal dengan adat resam dan budaya yang tinggi. Ini dizahirkan dengan sifat kunjung mengunjung dan menjamu dalam mengeratkan ukhwah silaturahim sesama teman dan keluarga. Masyarakat Melayu begitu menikmati keenakan makanan yang dikongsi bersama-sama. Pengambilan makanan dengan kandungan gula yang tinggi boleh merosakkan gigi. Ia melemahkan gigi kita sekaligus menyebabkan masalah kerosakkan gigi, gusi dan nafas berbau.

Memahami kehendak muslimin moden, SAFI Jenama Halal no.1 Malaysia dengan rangkaian ubat gigi yang diperkaya dengan mikro kalsium, kini memperkenalkan tambahan baharu kepada formulasi mereka iaitu Habbatus Sauda. Habbatus Sauda atau secara saintifik dikenali sebagai Nigella Sativa bersifat anti-bakteria dan merupakan bahan yang biasa digunakan dalam masakan India dan Timur Tengah. Sejak zaman dahulu, Habbatus Sauda terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan yang terkandung di dalamnya seperti meningkatkan sistem imunisasi badan, membantu menghalang penyakit kanser, mengurangkan radang, mengawal penghasilan bakteria berbahaya dan lain lain lagi. Selain Habbatus Sauda, rangkaian Ubat Gigi SAFI Mikro Kalsium juga mengandungi kalsium, serat, zat besi, kalium dan protein yang dikenal pasti sebagai bahan yang mempunyai ciri-ciri penyembuhan mampu melindungi serta menguatkan gigi dua kali ganda sekaligus melawan masalah kaviti, gusi dan nafas berbau..

Ubat Gigi SAFI Mikro Kalsium dengan formulasi terbaharu ini hadir dengan reka bentuk pembungkusan yang moden dan ramuan yang digunakan seiring dengan kehendak syarak sekaligus memahami keperluan pengguna muslim dengan tiga variasi perisa dari SAFI iaitu; Oren Herba, Kayu Sugi & Gamat. Gigi anda kini sihat, putih, dua kali ganda lebih kuat dan nafas kekal segar sepanjang hari. Anda tidak perlu risau lagi. Ukirkan senyuman, kongsikan keceriaan bersama SAFI!
   

Berikut adalah variasi perisa Ubat Gigi SAFI Mikro Kalsium sesuai buat kegunaan seisi keluarga:

Ubat Gigi SAFI Mikro Kalsium Kayu Sugi

Formulasi ini kini dipertingkatkan dengan gabungan Habbatus Sauda yang mengandungi nutrient dan bahan antibakteria semula jadi agar membantu mencegah pembentukan bakteria punca kaviti. Ia juga mengandungi ekstrak semula jadi Kayu Sugi untuk gigi putih bersinar..

Ubat Gigi SAFI Mikro Kalsium Oren Herba

Formulasi ini kini dipertingkatkan dengan gabungan Habbatus Sauda yang mengandungi nutrient dan bahan antibakteria semula jadi agar membantu mencegah pembentukan bakteria punca kaviti. Ia juga mengandungi ekstrak semula jadi Oren Herba untuk nafas segar berpanjangan.

Ubat Gigi SAFI Mikro Kalsium Gamat

Formulasi ini kini dipertingkatkan dengan gabungan Habbatus Sauda yang mengandungi nutrient dan bahan antibakteria semula jadi agar membantu mencegah pembentukan bakteria punca kaviti. Ia juga mengandungi ekstrak semula jadi Gamat untuk melindungi gusi dan mulut mudah ulser.

*Terdapat pada saiz dan harga 75g (RM2.80), 175g (RM5.40), 250g (RM6.90), rangkaian Ubat Gigi SAFI Mikro Kalsium boleh diperolehi disemua pasaraya utama, kedai runcit, pasaraya hyper dan farmasi*

MENGENAI JENAMA SAFI

Jenama SAFI di lancarkan pada tahun 1985 dengan rangkaian minyak wangi, talkum dan deodoran. Kemudian rangkaian produk SAFI diperkembangkan dengan kehadiran produk penjagaan kulit muka. Pada tahun 1999, jualan rangkaian produk SAFI melonjak apabila ia muncul dengan reka bentuk bungkusan produk yang lebih moden dan feminin.

Kini, SAFI menawarkan produk penjagaan kulit muka, ubat gigi, syampu,deodoran, talkum, seleksi produk kosmetik, penata gayaan rambut, produk penjagaan peribadi wanita dan juga produk mandian. SAFI merupakan jenama terbesar WIPRO UNZA (Malaysia) Sdn Bhd semenjak tahun 2005.