WAJAH

  • Suatu hari, suami bergurau. Katanya, saya semakin tua kerana kedutan sudah kelihatan di wajah. Sejak itu, saya mulai risau. Maaf ya, Encik Suami. Itu bukan gurauan, tetapi tekanan. Apa yang perlu saya lakukan untuk mengekalkan wajah awet muda?

    Sebagai permulaan, tukarkan tekanan itu menjadi pembakar semangat. Seterusnya, anda disyorkan untuk menggunakan Serum SAFI RANIA GOLD baharu yang kini diperkaya dengan gabungan Amino Peptida bersama Nano Emas 24K. Ia menyerap pantas dan jauh ke dalam kulit lalu menghasilkan 2x lebih kolagen untuk membantu menganjalkan kulit. Gunakan serum ini setiap pagi dan malam sebelum menggunakan Krim Pelembap SAFI RANIA GOLD untuk hasil yang menakjubkan!


  • Kulit muka saya kusam. Pabila dibelek-belek, saya yakin banyak sel kulit mati telah menyelaputi permukaannya?

    Untuk itu, anda perlu gunakan Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD. Penggunaan skrub ini mampu menanggalkan dengan lembut kotoran mendalam dan sel kulit mati yang menutupi liang roma untuk menyihat dan mengembalikan keserian kulit wajah.


  • Saya mengalami masalah kulit kusam dan suram, juga tidak bermaya. Produk manakah yang patut saya cuba?

    Rangkaian penjagaan kulit wajah SAFI BALQIS Perfect 10 adalah penyelesaiannya. Formulasi Nano BioWhite menyerap jauh ke dalam kulit untuk memperlahankan proses pigmentasi yang menghasilkan melanin. Terdedah terlalu lama di bawah sinaran matahari akan menyebabkan kulit menjadi kusam. Oleh itu, anda boleh melindungi kulit dengan produk yang mengandungi Pelindung UV seperti SAFI BALQIS Perfect 10. Ia bukan sekadar melindungi kulit, malah menjadikannya halus, mulus dan cerah sempurna.


  • Saya mempunyai lingkaran gelap di bawah mata. Apakah cara untuk mengurangkannya?

    Mata yang letih dan tidur yang tidak mencukupi menyebabkan lingkaran gelap di sekeliling mata terjadi seterusnya menjejaskan penampilan. Gunakanlah Krim Kontur Mata SAFI BALQIS Perfect 10. Ia membantu mengurangkan lingkaran gelap dengan formula ringan dan cepat meresap tanpa menyebabkan pembentukan bintik minyak di bawah mata.


  • Bagaimanakah untuk mencegah jerawat dan menghilang bekas jerawat? Apakah krim yang sesuai untuk menghilang jerawat?

    Jerawat adalah masalah anak remaja tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka, dada dan belakang. Krim Anti Jerawat Sari Gamat dengan formulasi tanpa minyak boleh menanggalkan sel kulit mati yang menjadi punca cela dan jerawat. Ia juga mengandungi Asid Salisilik yang boleh membantu mengawal jerawat. Hasilnya kulit menjadi lebih berseri tanpa cela dan jerawat.


  • Seharian berada di pejabat berpenyaman udara dan memenuhi tuntutan sebagai muslimah untuk kerap membersihkan wajah sehingga 5 kali sehari juga ada kalanya menjadikan kulit saya semakin kering. Mungkinkah ada pembersih wajah yang mengekalkan kelembapan kulit wajah saya yang mudah kering ini?

    Jangan risau, gunakan Pembersih Wajah Lembapan Mendalam SAFI RANIA GOLD baharu yang kini diperkaya dengan gabungan Amino Peptida bersama Nano Emas 24K. Ia bukan sahaja membersih, malah melembapkan wajah dengan lebih mendalam menjadikan kulit lebih halus dan lembut apabila dibelai. Kini, anda boleh membersihkan wajah sekerap mungkin, tanpa perlu risau wajah menjadi kering.