KRIM PENCERAH WAJAH

Fairness Cream

Krim Pencerah Wajah

Bertindak mencerah dan memberi perlindungan UV. Menerusi gabungan Natural AHA Complex dan Vitamin B3, ia membantu mempercepatkan pembaharuan sel sambil mencerahkan kulit dari dalam, di samping melembap dan melembut untuk menyerlahkan kulit sehalus bayi serta membuatkannya 8 kali lebih cerah sekelip mata*. Jika digunakan berterusan sepanjang 2 minggu, kulit tampil cerah berseri**.

* Berdasarkan ujian klinikal makmal.
* Berdasarkan kajian ke atas 100 wanita Malaysia.

BAGAIMANA TINDAKANNYA?
Krim Pencerah Wajah SAFI Fair Beauty bertindak melembap, mencerah dengan lebih efektif dan memberi perlindungan UV untuk menyerlahkan kulit sehalus bayi dan lebih cerah berseri sekelip mata melalui:

Natural AHA Complex
Memperbaiki proses pembaharuan sel kulit yang diaktifkan oleh gabungan ekstrak semula jadi buah-buahan sitrus yang turut membantu melembap, melembut dan mempercepatkan pencerahan kulit.

Vitamin B3
Mencerah dari dalam secara efektif dengan memperlahankan pembentukan melanin pada permukaan kulit di samping menjadikan tona kulit lebih sekata.

Pelindung UV
Melindungi kulit daripada radikal bebas dan sinar UV yang memudaratkan dengan lebih berkesan.

Arahan: Sapukan pada muka dan leher dengan sekata, urut perlahan-lahan dalam gerakan memusing.