SAFI, jenama HALAL utama di Malaysia yang terdiri daripada barangan berkualiti serta komprihensif dihasilkan khusus untuk keperluan pengguna Muslim moden wanita mahupun lelaki. Diperbuat dengan bahan-bahan semula jadi yang mematuhi hukum Syarak dan disahkan HALAL oleh JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM); SAFI tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan tidak mengandungi alkohol atau gelatin.
Dikilangkan di pusat pengeluaran yang disahkan ISO dan “Good Manufacturing Practice”(GMP), SAFI berusaha untuk menghasilkan produk-produk berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan pengguna. Demi memastikan produk yang berkualiti tinggi, konsisten dan bekalan fleksibel, SAFI dihasilkan 100% di kilang terletak di Malaysia, selain mematuhi taraf antarabangsa termasuk Federal Drug Authority (FDA), European Economic Community (EEC)/COLIPA, British Pharmacopoeia (BP), Cosmetics, Toiletries & Fragrance Association (CTFA).
Produk-produk SAFI boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya besar. Di samping itu, SAFI juga menempatkan penasihat-penasihat kecantikan dikebanyakan kaunter jualan SAFI di mana mereka dilatih dalam memberi nasihat kecantikan kepada anda.
Dengan slogan ‘Selamat dan Suci’ sebagai daya penggerak jenama ini, SAFI memastikan bahawa produk-produknya dihasilkan dengan penuh kualiti untuk kebaikan pengguna, serta selamat digunakan oleh anda dan keluarga.
SAFI. Selamat dan Suci.