Terma & Syarat Peraduan My Cabaran Shaylanista

1. Dengan menyertai ‘Peraduan Muzik Video Tanpa Henti SAFI Shayla’ ini, para peserta dianggap telah membaca serta bersetuju dan/atau mematuhi semua terma dan syarat yang ditetapkan (termasuk yang diputuskan oleh WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. tanpa sebarang notis).

2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 TAHUN KEATAS dan menetap di Malaysia kecuali kakitangan WIPRO UNZA (M) SDN. BHD., atau ahli keluarga terdekat dan/atau agensi pengiklanan dan promosi, pengedar yang dilantik dan syarikat pengelola peraduan termasuk syarikat yang berkaitan dan ahli keluarga terdekat mereka.

3. Tempoh Peraduan adalah dari 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2018.

4. Semua penyertaan yang layak mestilah diterima oleh sistem kami pada 23:59:59 (Waktu Malaysia), 31 Oktober 2018. Penyertaan yang lambat atau tidak sah tidak akan dilayan. Waktu penghantaran adalah mengikut waktu sistem kami.

5. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. berhak untuk membatalkan dan/atau menolak mana-mana penyertaan yang salah, tidak lengkap, menimbulkan keraguan atau tidak sah. Peserta bersetuju untuk tidak secara sengaja merosakkan atau menyebabkan gangguan pada Peraduan dan/atau menghalang peserta lain dari menyertai Peraduan ini.

6. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. berhak untuk membatalkan dan/atau menolak mana-mana penyertaan yang dianggap dan/atau mengandungi unsur-unsur tidak sesuai untuk mana-mana pihak. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta bersetuju untuk tidak menghantar penyertaan yang mengandungi sebarang unsur-unsur pornografi atau lucah, mengancam atau menggunakan bahasa kesat serta mengandungi unsur-unsur yang tidak sesuai untuk sesetengah pihak.

7. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. dan syarikat induk, syarikat bersekutu, anak syarikat, pemegang lesen, pengarah, pegawai, ejen, kontraktor bebas, agensi-agensi pengiklanan dan promosi yang berkaitan serta penasihat undang-undang tidak bertanggungjawab ke atas:-

a. sebarang kesilapan teknikal yang disebabkan oleh gangguan rangkaian internet, serangan virus, penggodaman maklumat, kerosakan dan kegagalan perkakasan maklumat atau sebaliknya;

b. telefon, elektronik, perkakas atau program perisian, rangkaian, internet, pelayan atau kerosakan komputer, kegagalan, gangguan, kesilapan komunikasi atau sebarang kesukaran yang disebabkan oleh kesilapan manusia, mekanikal atau elektrik, tanpa had, termasuklah penangkapan data berkaitan maklumat penyertaan dalam talian yang salah atau tidak tepat;

c. lambat, hilang, lewat, salah, tidak lengkap, tidak sah atau e-mel yang sukar difahami;

d. gagal, tidak lengkap, hilang, tidak teratur, bercampur-aduk, terganggu, tiada transmisi atau transmisi komputer yang lambat;

e. sebarang perkara yang berlaku di luar kawalan WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. dan boleh menyebabkan gangguan atau kegagalan Peraduan;

f. sebarang kecederaan, kerugian atau kerosakan yang timbul berhubung atau akibat daripada penerimaan, pemilikan, penggunaan hadiah atau daripada penyertaan dalam Peraduan; atau

g. sebarang kesilapan cetakan atau tipografi dalam mana-mana bahan berkaitan dengan Peraduan.

8. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk melepaskan daripada semua liabiliti dan melindungi WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. dan para pekerja, pegawai, pengarah, pemegang saham, ejen, wakil-wakil, syarikat induk dan serta syarikat gabungan, anak-anak syarikat, pemegang lesen, agensi pengiklanan serta agensi berkaitan dan penasihat undang-undang dari mana-mana kerugian, ganti rugi, hak, apa-apa jenis tuntutan dan tindakan akibat daripada penerimaan, pemilikan, penggunaan atau penyalahgunaan hadiah atau sebarang aktiviti berkaitan dengan pengambilan hadiah, tanpa had termasuklah kecederaan, kematian, kerosakan harta benda dan tuntutan berdasarkan hak-hak publisiti, fitnah atau pencerobohan privasi.

9. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. dan syarikat induk, syarikat bersekutu, anak syarikat, pemegang lesen, pengarah, pegawai, ejen, kontraktor bebas dan agensi-agensi pengiklanan/promosi yang berkaitan tidak menjamin, menyatakan dengan terang atau sebaliknya, dalam fakta atau undang-undang berhubung penggunaan atau penikmatan hadiah, termasuklah had tanpa batasan, kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

10. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk membenarkan WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. dan syarikat induk, anak syarikat, syarikat gabungan, pemegang lesen, pengarah, pegawai, ejen, kontraktor bebas dan agensi-agensi pengiklanan/promosi menggunakan nama, maklumat yang disertakan dalam laman web Peraduan, kesamaan, maklumat biografi dan kenyataan untuk sebarang tujuan, termasuklah, tanpa had, pengiklanan, perdagangan atau promosi tanpa sebarang had masa, di mana-mana media kelak tanpa sebarang pampasan, melainkan yang telah ditetapkan undang-undang. Status pemenang boleh dilucutkan dan/atau pemenang baru akan dipilih jika pemenang yang terpilih tidak dapat dihubungi, pendaftaran tidak sah dan/atau gagal menuntut hadiah. Keengganan atau pemulangan pemberitahuan hadiah yang gagal dihantar kepada pemenang terpilih juga dianggap batal dan/atau pemenang baru akan dipilih.

11. Dengan penyertaan ini, para peserta mengakui kelayakan penyertaan dan menyatakan persetujuan terhadap sebarang publisiti berhubung penyertaan mereka oleh pihak WIPRO UNZA (M) SDN. BHD.

12. Rayuan untuk menyemak status penyertaan tidak akan dilayan.

13. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. berhak untuk membuat keputusan muktamad dalam sebarang pertikaian berbangkit.

14. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. berhak untuk menggunakan mana-mana bahan yang diterima semasa Peraduan (termasuklah nama peserta, alamat e-mel, nombor telefon, gambar dan lain-lain) untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan komunikasi.

15. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. berhak untuk meminda semula mekanik, terma dan syarat Peraduan serta lain-lain aspek berkaitan Peraduan tanpa sebarang notis.

16. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. berhak untuk menggantung atau membatalkan Peraduan mengikut budi bicara dan keadaan yang tidak diduga tanpa sebarang notis.

CARA – CARA PENYERTAAN PERADUAN SAFI SHAYLA

1. Beli sebarang produk SAFI Shayla bernilai RM20 & ke atas dan berpeluang untuk memenangi hadiah “Tuala SAFI Shayla” atau hadiah misteri “SAFI”.

2. Tunjukkan resit sebagai bukti pembelian.

HADIAH – HADIAH

1. Tuala SAFI Shayla

2. Hadiah Misteri SAFI

CARA – CARA PENYERTAAN MUZIK VIDEO SHAYLA TANPA HENTI

17. Beli sebarang produk SAFI Shayla bernilai RM20 & ke atas dan simpan resit pembelian sebagai bukti pembelian.

18. Muat naik boomerang kreatif anda ke Facebook atau Instagram bersama #ShaylanistaTanpaHenti. Pastikan akaun anda telah disetkan kepada awam!

19. Ajak kawan dan keluarga anda untuk “Like” & “Share” boomerang anda.

HADIAH-HADIAH

20. SEPULUH (10) boomerang yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang.

a) Hadiah Utama: GoPro Hero 5 x 1, 10 pemenang.

21. Pemenang-pemenang bersetuju untuk memberikan maklumat peribadi termasuk nama penuh, number I/C, e-mel, alamat menyurat kepada pihak Wipro Unza. Dan jika terdapat perubahan tentang maklumat peribadi, pemenang dikehendaki memaklumkan melalui Facebook PM dalam masa seminggu selepas senarai pemenang diumumkan.

22. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang isu kelewatan hadiah yang disebabkan pihak servis courier, pihak ketiga ataupun kesilapan maklumat yang deberikan oleh pemenang.

23.Wipro Unza (M) Sdn. Bhd. berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang mempunyai nilai yang hampir sama. Sebarang bentuk kos atau bayaran yang berkaitan dengan menuntut hadiah ditanggung oleh pemenang sendiri.