DUTA SAFI

  • Hanis Zalikha
    Selebriti/Duta SAFI Balqis

    Kerjaya

    • Pelakon, Penulis Blog, Model

    Filem & Telefilem

    • Momok The Movie (2009)
    • Gangster Celop (2013)
    • Romeo Kota (2014)
    • Mariam Kampung Putat (2012)
    • Aku Benci Mama (2013)
    • Mama-Mama Mia (2013)

    Pengacara Program TV

    • Hos untuk rancangan Mad Market (2012)
    • Hos untuk rancangan AF Buzz (2013)
    • Hos untuk rancangan Raikan Cinta (2013 - 2014)

    Karier

    • Tempat ke-2 Malaysian Dreamgirl (2008)
    • Tempat ke-6 Top 10 Fastest Rising People in Google Malaysia Top Searches (2010)
    • Tercalon untuk anugerah Most Influential Blog Award (2011)
    • Tercalon Artis Baru Wanita Popular ABPBH (2013)

    SAFI BALQIS telah memperkenalkan Sistem White Trilogy sebagai teknologi baharu yang bertindak mencerah wajah dengan sempurna dan menyeluruh. Seiring dengan kehendak golongan muda masa kini yang menginginkan wajah cerah sempurna dengan selamat, Hanis Zalikha telah dipilih dan dilantik menjadi duta SAFI BALQIS memandangkan Hanis adalah pengguna setia SAFI BALQIS.

    Hanis Zalikha mempunyai perwatakan feminin yang sempoi, spontan dan bersifat terbuka. Walau bagaimanapun, beliau seorang yang teliti dalam memilih produk kecantikan. Demi memastikan beliau sentiasa tampil sempurna di mata umum, Hanis harus memastikan beliau menggunakan produk yang bagus, sebab itulah Hanis memilih SAFI BALQIS!

    SAFI BALQIS menyasarkan golongan muda yang ingin tampil dengan wajah cantik. Kelebihan Hanis yang mempunyai ribuan pengikut di laman sosial pula menjadi bonus untuk beliau berkongsi rahsia kecantikannya selama ini memandangkan Hanis suka berkongsi tips dan panduan berkaitan kecantikan bersama peminat.

    Kini, Hanis Zalikha terus mengorak langkah menyempurnakan kecantikan dan menyerlahkan penampilan diri bersama SAFI BALQIS agar pergi lebih jauh di dalam karier dan perjalanan hidup. Inilah yang menjadi pemangkin semangat untuk golongan muda. Kepercayaan Hanis terhadap SAFI terbukti apabila dirinya terus menyinar di dunia hiburan tanah air dengan kecantikan sempurna yang diperolehinya bersama SAFI BALQIS!


  • Nora Danish
    Selebriti/Duta SAFI Rania Gold

    Kerjaya

    • Pelakon & Pengacara

    Drama & filem lakonannya:

    • Pengantin Malam (2014)
    • Anak Jantan (2014)
    • Gudang Kubur (2015)
    • Hantu Bungkus Ikat Tepi (2015)
    • Suami Aku Ustaz (2015)
    • Suamiku Jatuh Dari Langit (2015)
    • Polis EVO (2015)
    • Drama siri Puteri (2005-2008)
    • Ariana Mikhail (2011)

    Pengacara Program TV

    • Sensasi Bollyone HD (2015)

    Dicalonkan dalam banyak anugerah di acara perprestij Malaysia dan pernah memenangi:

    • Pakaian Paling Glamor, ABPBH (2005)
    • Anugerah Hot Chick, Anugerah Shout! (2012)

    Apabila usia mencecah pertengahan 20an, kolagen yang dihasilkan secara semulajadi di bahagian dermis kulit mula berkurangan. Akibatnya, kulit akan kelihatan kusam, kurang anjal dan tidak bermaya. SAFI RANIA GOLD baharu dengan gabungan formulasi BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA bertindak dengan merangsang sintesis kolagen selain mengunci lembapan pada lapisan kulit. Teknologi berfomulasi baharu ini direka khusus untuk penyelesaian yang efektif. Hasilnya, kulit anda akan menjadi lebih anjal, cerah dan remaja agar wajah lebih muda dari usia!

    Bersesuaian dengan itu, SAFI RANIA GOLD mahu wanita di luar sana terus beraspirasi seiring kecantikan wajah agar kekal muda sepanjang masa dengan penampilan wajah anjal, cerah dan remaja. Pemilihan Nora Danish sebagai duta amat bertepatan dengan matlamat SAFI RANIA GOLD iaitu memastikan wanita mulakan penjagaan awal demi mengabadikan kejelitaan. Nora Danish dilihat sebagai selebriti yang penuh inspirasi dan mampu memastikan wanita di luar sana memperolehi kecantikan dan muda sepanjang masa seperti dirinya memandangkan beliau sendiri telah membuktikan! SAFI RANIA GOLD telah merealisasikan impian Nora untuk kekal muda remaja walaupun usianya semakin meningkat.

    Kebolehan Nora aktif berkomunikasi di laman sosial dan sering berkongsi kehidupan harian yang merangkumi perkembangan fesyen dan gaya hidup semasa pula membantu melonjakkan kredibiliti Nora sebagai ikon fashionista walaupun sudah bergelar ibu. Penampilan Nora Danish memberi perubahan positif ke atas imej SAFI RANIA GOLD, secara tidak langsung menjadikan rangkaian produk SAFI RANIA GOLD lebih kukuh dan relevan untuk kumpulan sasaran dalam pasaran masa kini!


  • Fattah Amin
    Pelakon / Duta SAFI Men

    Kerjaya

    • Pelakon/Penyanyi/Usahawan

    Drama & Telefilem

    • Playboy Itu Suami Aku (2013)
    • Cinta Ibadah (2014)
    • Ku Kejar Cinta Ke Malaysia (2014)
    • From Hater to Lover (2014)
    • Plan Cinta Tak Jadi (2015)
    • Hello Mr Perfect (2015)
    • Gameshow Lari (2016)

    Pencapaian

    • Juara Pencarian Hero Remaja 2011/2012

    Sinaran matahari serta persekitaran yang terdedah asap dan kotoran pasti menjejaskan penampilan dan gaya hidup lelaki masa kini. Wajah terasa kotor dan kulit menjadi gelap. Bukan itu sahaja, aktiviti harian juga terganggu malah aktiviti lasak pasti terhalang dengan keadaan ini. Memahami situasi ini, SAFI memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit wajah khusus untuk lelaki yang sukakan cabaran - SAFI MEN.

    Seiring dengan tagline “Kesegaran Yang Nyata”, SAFI MEN diperkasa dengan formulasi sensasi dingin H2O Cool Cactus. Ia bertindak membersih mendalam kulit agar bebas kotoran dan berupaya mengurangkan jerawat dengan pantas dan efektif. Unsur antioksidan kaktus pula membekal nutrisi penting serta memberi lembapan secara semula jadi agar wajah kekal segar sepanjang hari walaupun berhadapan dengan tugasan yang mencabar!

    Bersesuaian dengan itu juga, SAFI MEN telah melantik Fattah Amin untuk menjadi duta SAFI MEN. Fattah merupakan pelakon lelaki yang sedang melakar nama di persada hiburan tempatan. Bakat Fattah mula menyerlah setelah beberapa drama dan telefilem yang dibintanginya menjadi hit. Kini portfolio seni jejaka yang berasal dari Kuala Lumpur ini terus berkembang baik dari semasa dan semakin menebal dengan karya-karya yang bermutu tinggi sehinggakan beliau pernah ditawarkan untuk berlakon drama negara seberang! Kemampuan diri yang ditunjukkan Fattah membuktikan bahawa seseorang itu hendaklah berusaha menghadapi cabaran dan menerokai kemampuan diri sendiri sehingga berjaya tanpa putus asa.

    Kini sebagai pelakon yang mula dikenali ramai, Fattah harus memastikan penampilannya sentiasa sempurna dan menarik. Namun jadual lakonan yang padat dan aktif melakukan aktiviti luar menjadikan Fattah sering terdedah dengan pencemaran dan persekitaran kotor yang akhirnya menyebabkan kulit mukanya berminyak. Secara tidak langsung, bakteria terhasil dan jerawat mulai mucul pada wajah. Ini pastinya menjejaskan daya tumpuan beliau ketika di set pengambaran atau hari-hari biasa. Dengan SAFI Men, Fattah boleh tampil lebih yakin dan kekal fokus! Dalam masa sama, ia membantu Fattah untuk tampil bergaya dan versatil dengan penampilan wajah yang bersih dan bebas cela seterusnya merealisasikan impian Fattah untuk menerokai kekuatan diri yang bukan bukan hanya hadir dari kemampuan fizikal, tetapi dari pengembaraan mengenali kekuatan diri.